Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya:
Pertama: Pembaziran ilmu pengetahuan jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan,
kedua: Pembaziran amalan jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas,
ketiga: Pembaziran kekayaan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT,
keempat: Pembaziran hati jika kosong dari kasih kepada Allah SWT,
kelima: Pembaziran tubuh badan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT,
keenam: Pembaziran cinta jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya,
ketujuh: Pembaziran masa jika tidak diurus dengan sebaiknya,
kelapan: Pembaziran akal jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama
kesembilan: Pembaziran zikir sekiranya tidak memberi kesan kepada hati .
No comments:
Post a Comment