Wednesday 22 June 2011

KALAU SAMPAI IPOH


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.
Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya...
 Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya.
" Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!
" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.
 Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang..
 "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.
"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..
Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"
alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan...
"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.
"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Thursday 16 June 2011

Maksud Allah Siapa Yang Tahu

Di bawah ini disertakan satu kisah yang menarik, kiriman seorang kawan untuk dikongsi bersama.

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.
Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.

Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.
Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya,
" Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?
Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan
menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah?

Wallahu'alam.

 
Mutiara Kata
:: Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.


Doalah kpd org tua kita Murah rezeki

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan  al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada  )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...  

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang  ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam  sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada  kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan  memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa
kepada kedua ibu  bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan  Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan  dan
Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2  
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka  yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah  SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu  pelaris....... . Cuma jangan lupa
Doakan ibu bapa kita setiap hari
-  Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita  
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)  
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan  kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus  ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba .Allahhuakhbar. .  

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua  kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau  malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :  'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua  mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia  mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn  yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)  

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala  dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.  


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......  

Tuesday 14 June 2011

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)


Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya:

Pertama: Pembaziran ilmu pengetahuan jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan,

kedua: Pembaziran amalan jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas,

ketiga: Pembaziran kekayaan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT,

keempat: Pembaziran hati jika kosong dari kasih kepada Allah SWT,

kelima: Pembaziran tubuh badan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT,

keenam:  Pembaziran cinta jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya,

ketujuh: Pembaziran masa jika tidak diurus dengan sebaiknya,

kelapan: Pembaziran akal jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama

kesembilan:  Pembaziran zikir sekiranya tidak memberi kesan kepada hati .

kaseh ibu


 
"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang
baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
kepada seorang jururawat.
 
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang
 masih
merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya
berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
 
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar
tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si
ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa
kedua-dua cuping telinga.
 
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
normal, sesuatu yang cukup
 mengembirakan si ibu.
 
Masa terus berlalu...
 
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada
cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam
persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek
rakan-rakan.
 "Mereka kata saya cacat," katanya kepada
si ibu.
 
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia
muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai
jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,
si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus
memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu
doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari penderma yang sanggup
berkorban.
 
Setahun berlalu...
 
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini.
Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma,
tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul
sebagai manusia baru, kacak serta
 bijak. Pelajarannya
tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap
dialaminya hilang.
 
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup
seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan
tinggi dalam bidang diplomatik.
 
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu
siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas
jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin,"
balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan
 tiba."
"Bila?" tanya si anak.
 
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil
ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi
rahsia bertahun-tahun lamanya.
 
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si
 anak
berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah
menyelak rambut ibunya yang kaku.
 
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
 
"Ibumu tidak pernah memotong
 pendek rambutnya," si
ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa
pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada
ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah
ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun
kenalannya."
 
Ps :
 
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan
tanpa diketahui.
 
Selagi ibu kita
 ada didunia ini, ciumlah dia, cium
tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan
senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka,
kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI
BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari
tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh
kasih sayang
 kepadanya..
 
"Saya Sayang Ibu"